25 October 2009

Memasak bersama Teratak61

hmm...dh lame x post pape kt cni...
br2 ni dgn dibantu oleh nata, beberapa menu biasa org bujang telah pun berjaya dimasak...
so, aku pun share la kt cni utk tatapan korg2 yg masih bujang yg nk belajar memasak...

papehal...aku tunjuk la dulu menu utk beberapa ari ni...

20 Oct 2009
Nasi putih
Ikan masak kicap
Kentang goreng ikan bilis bercili
Teh O

21 Oct 2009
Nasi putih
Telur goyang 3 sweet sour
Kentang goreng ikan bilis bercili
Teh O

22 Oct 2009
Nasi putih
Ayam sambal
Kubis goreng crab stick
Telur dadar
Teh O

Ikan masak kicap
Bahan2:
Minyak masak
Ikan yg siap digoreng
Kicap manis pekat
Bawang putih 2 ulas dihiris halus
Bawang besar 2 biji dipotong bulat
Halia 3 hiris
Cili merah 2 biji dipotong serong
Kayu manis 1 btg
Bunga lawang 1 kelopak
Lada sulah 5,6 biji
Garam

Caranya:
Masukkan 3 sudu besar minyak ke dlm kuali & panaskn.
Tumis (bawang putih, bawang besar, halia, cili merah, kayu manis, bunga lawang, lada sulah) sehingga naik baunye...dlm 2,3 minit je la ngn api kecik.
Tuangkan kicap manis sehingga menutupi tumisan td.
Masukkan 100ml air.
Gaul bg sebati & tgu sehingga mendidih.
Campak garam sesedap rs.
Pas mendidih, masukkan ikan goreng td.
Biar 1minit & kemudian diangkat ke dlm bekas hidangan.

Telur goyang sweet sour
Bahan2:
Minyak masak
Telur yg siap digoreng goyang
Bawang merah 2 biji dipotong bulat
Bawang putih 2 ulas dihiris halus
Cili merah/hijau 2 biji dihiris selong
Halia 3 hiris
Sos cili
Garam

Caranya:
Masukkan 3 sudu minyak masak ke dlm kuali & panaskn.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili & halia...dlm 1,2 minit dgn api kecik.
Masukkan sos cili sehingga menutupi tumisan.
Campurkn 100-200ml (ikut korg la nk pekat cmne).
Gaulkan bg sebati dan biarkn mendidih.
Masukkan garam sesedap rasa.
Setelah mendidih, tuang ke atas telur yg tersedia di dlm mangkuk hidangan.

Ayam masak sambal

Kentang goreng ikan bilis bercili

Kubis goreng crab stick

No comments: