21 April 2010

Pencarian Sudah Bermula

Dah 2 minggu da aku carik tamplate yang sesuwai tuk pakai kat blog nie... Tapi semue cam tak best jek... Tapi disebabkan asyik maen tuka2 jek.. banyak gak widget yang ilang... Sorry laa kat warge2 teratak61 yang laen... Lupe nak backup...
:sweaty:

So kepade sesape yang terlalu kat cni pastu rase can nak sumbangkan idea.. Sile laa komen or suggest laa mane2 tamplate yg oke untuk di pakai... Nak try buat template sendirik.. cam maleh plak... hehehee... nanti laa, klu ade kelapangan try buat sendirik punye... Tapi buat mase nie, pencarian bermule.....
:astig: ~ j m ~

09 April 2010

Teratak 61

Salam,

Lame da blog nie di tinggalkan... Takpe laa.. Since yg lelain nie tak mo nak post pape & mcm da lupe ngan blog nie... Bia laa aku yg tuka2 wat sesuke aku...
:devilishgrin:

Aku rase klu aku dok tuka pape kat cni pown yg lelain kompom tak perasan pown... Tgk laa 2 - 3 bulan lagi.. Baru derang perasan... Sejak due menjak or 3 menjak nie.. Aku dah start suke plak nak blogging nie... Dlu klu blogging aku slalu jek pk... (iskh.. malu ar nak bebel2 kat ternet) Hehehee.. Tapi Skunk nie aku pk (lantok laa... Bukan ade sesape pn kesah).. Janji aku tak kcu org sudah..
:sweaty:

Sejak berlancar nyer blog aku ngan tunang aku (~ 1 + 1 = 2 ~) aku mule laa berjinak2 nak blaja pasal HTML laa... Carik Template sane cni.. Cari Widget2... Hurmmm... Tu laa org ckp.. Pmpn nie bley wat kite motivate... Kan kan kan...

Anyway... Setakat nie... Tue je laa yang aku nak bebelkan... Lame daa blog nie kesepian.... Hehehehe... Bye..

:siga: ~ j m ~

11 January 2010

Surat untuk sayang ku

Untuk kekasih tersayang,

Dimana saja berada

Sayang

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi
perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa
gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period
ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat
besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan
perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang
melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan
mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun
2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan
sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah
untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan
tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di
bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan
pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa.
Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika
tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh
itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi
kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6
pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan
memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang
sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang
hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak
perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga
bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau
mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang
jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang
semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama
abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial
break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika
pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali
replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut
mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke
jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan
kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan
perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan
kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan
rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League,
Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang
sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau
bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika
sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.

Kekasih yang tersayang
~ jm ~