14 January 2009

Johor FC vs Selangor


Tarikh: 13 Januari 2009
Tempat: Stadium J-Corp, Pasir Gudang
Jumlah kehadiran: 20 ribu penyokong Lebah + 100 penyokong Selangor + 3org dari Teratak61
Keputusan: Johor FC (2) - Selangor (1)

Tepat jam 2000, geng Teratak61 bertolak dgn penuh semangat utk menyokong pasukan feveret kami, Johor FC...

Lebih kurang 30minit perjalanan, kami pon tiba dan mula meluru masuk ke arah grand stand (VIP beb!!!)...ngam2 kami mengambil tempat duduk...line-up kedua-dua pasukan pun mula beratur dan lagu kebangsaan pun dinyanyikan...Negaraku...(korang sambunglah sendiri nyanyi)...

Pengadil meniup wisel menandakan perlawanan bemula...aksi kedua-dua pasukan begitu rancak sekali...sehinggalah pd minit ke-8...penjaga gol pasukan Lebah begitu agresif menjatuhkan pihak lawan dlm aksi 1 by 1 utk menyelamatkan gawang...kad merah dilayangkan dan sepakan penalti dihadiahkan kpd pasukan Red Giant...kedudukan semasa 0-1.

Dengan hanya 10 org berjuang melawan pasukan yg rata-rata dipenuhi barisan kebangsaan...akhirnye Lebah berjaya menyamakn kedudukan dgn rembatan deras yg menewaskn penjaga gol Selangor...kedudukan semasa 1-1.

Separuh masa kedua dimulakan dan Lebah hanya bertahan...hanya sesekali mengharapkan kelibat Eddy Helmi Manan (Johor FC) utk membuat counter attack...terima kasih kepada kelincahan penjaga gol Johor FC dan kelibat pemain midfield no 17 yg begitu tenang mengawal bahagian masing2 di kala serangan ganas Safee Sali (ganas la sangat)...

Berdarau darah seketika apabila rembatan deras Amry Yahya mengenai palang gol...akhirnye Johor FC berjaya membuat counter attack dan mendapat sepakan percuma setelah pemainnya dikasari pemain lawan...hasil set-piece yg begitu canthek...Johor FC berjaya mendahului 2-1...

Baki perlawanan tinggal 10 minit...masa begini diharapkan cepatlah pengadil meniup wisel tanda tamat perlawanan...

Prit!!! akhirnye tamat perlawanan...sorakan yg menggegar langit kedengaran menandakan kegembiraan dan kepuasan menewaskan pasukan pemain kebangsaan (kami gelar begitu sbb hanya rata-rata pemain Selangor adalah pemain kebangsaan)...

Antara babak-babak menarik sepanjang perlawanan...

Pemain Red Giant diprovoke oleh penyokong Lebah sewaktu warm-up...yg menariknya lg...tak sampai 3minit beliau dimasukkan ke padang...dh kene kad kuning...pemain no 23 rasanye...

Kemenangan diraikan dengan tembakan bunga api...

Hanya sekelumit penyokong Selangor...itupun dari Kajang Bt 13...heheh...

Mat Z di grand stand...

Terima kaseh En polis yg menjaga ketenteraman awam...sempat lg bergambar budak2 ni...

p/s: kepada fazdi84.blogspot.com yg merupakan penyokong tegar Red Giant...tag la kami kalu x puas ati...heheh...

1 comment:

fazdi said...

best team deserve to win.
well done johor fc..