30 January 2009
kena tindih / Sleep paralysis (Org laen nyer nukilan)
just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu. Korang lagi hantu sebenornye........tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah!!!!
~ J M ~
25 January 2009
new member in teratak 61
21 January 2009
KiSah RM 10
Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi.. badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuh debu...
Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata..
"Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.."
Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?"
Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"
Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"
Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"
Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"
Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan"
Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi
Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya..
setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."
pengemis : "Buat apa tuan?"
Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki tidak suka minum arak..
tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini"
19 January 2009
18 January 2009
Indie Band Rulez!!!!
Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu Lyrics
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
Frank Lampard
KiSah Si PuTih yG MaLaS!!!
Posisi kucing nie tidur digelar, catty (klu anjing kan doggy)...
Ia di cipta oleh si putih selepas beliau berkerje seharian sesuap ikan utk mengisi perot beliau dan anak2 beliau langsung selepas dapat makan... Tdo....
Sekian terime kaseh...
~ jm ~
15 Januari 2009
Don't Touch Door (Painting no dry)
kerang rebus sebelum juara lagu ke-23
17 January 2009
We had our revenge... HaHAhaha...
YEAhh.. go you gunners.. what a nice performance last nite..
enjoy it very much... come on..
let chase Aston villa first and then the title....
arsenal die hard fan,
azlanaziz a.k.a matz
Liverpool goes for EPL!!!!
COME ON YOU GUNNERS....
14 January 2009
Ahli keluarga baru Teratak61!!!
Johor FC vs Selangor
Tarikh: 13 Januari 2009
Jumlah kehadiran: 20 ribu penyokong Lebah + 100 penyokong Selangor + 3org dari Teratak61
Keputusan: Johor FC (2) - Selangor (1)
Tepat jam 2000, geng Teratak61 bertolak dgn penuh semangat utk menyokong pasukan feveret kami, Johor FC...
Lebih kurang 30minit perjalanan, kami pon tiba dan mula meluru masuk ke arah grand stand (VIP beb!!!)...ngam2 kami mengambil tempat duduk...line-up kedua-dua pasukan pun mula beratur dan lagu kebangsaan pun dinyanyikan...Negaraku...(korang sambunglah sendiri nyanyi)...
Pengadil meniup wisel menandakan perlawanan bemula...aksi kedua-dua pasukan begitu rancak sekali...sehinggalah pd minit ke-8...penjaga gol pasukan Lebah begitu agresif menjatuhkan pihak lawan dlm aksi 1 by 1 utk menyelamatkan gawang...kad merah dilayangkan dan sepakan penalti dihadiahkan kpd pasukan Red Giant...kedudukan semasa 0-1.
Dengan hanya 10 org berjuang melawan pasukan yg rata-rata dipenuhi barisan kebangsaan...akhirnye Lebah berjaya menyamakn kedudukan dgn rembatan deras yg menewaskn penjaga gol Selangor...kedudukan semasa 1-1.
Separuh masa kedua dimulakan dan Lebah hanya bertahan...hanya sesekali mengharapkan kelibat Eddy Helmi Manan (Johor FC) utk membuat counter attack...terima kasih kepada kelincahan penjaga gol Johor FC dan kelibat pemain midfield no 17 yg begitu tenang mengawal bahagian masing2 di kala serangan ganas Safee Sali (ganas la sangat)...
Berdarau darah seketika apabila rembatan deras Amry Yahya mengenai palang gol...akhirnye Johor FC berjaya membuat counter attack dan mendapat sepakan percuma setelah pemainnya dikasari pemain lawan...hasil set-piece yg begitu canthek...Johor FC berjaya mendahului 2-1...
Baki perlawanan tinggal 10 minit...masa begini diharapkan cepatlah pengadil meniup wisel tanda tamat perlawanan...
Prit!!! akhirnye tamat perlawanan...sorakan yg menggegar langit kedengaran menandakan kegembiraan dan kepuasan menewaskan pasukan pemain kebangsaan (kami gelar begitu sbb hanya rata-rata pemain Selangor adalah pemain kebangsaan)...
Antara babak-babak menarik sepanjang perlawanan...
Hanya sekelumit penyokong Selangor...itupun dari Kajang Bt 13...heheh...
Mat Z di grand stand...
Terima kaseh En polis yg menjaga ketenteraman awam...sempat lg bergambar budak2 ni...
12 January 2009
kuda DAM
11 January 2009
Hikayat Hamba Kerja...
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasu klah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja
langsung...
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!